Friday, 17 May 2019

CDI MB PERFORMANCE 6 SE



Hello Guys. We're back! Selepas berkurun lama tak update Blog, kini kami tampil dengan nama baru iaitu MB Machine. MB adalah singkatan maksud Machine Booster.

Nantikan comeback MB Machine kami. New Machine, New Mission .

Paling terbaru MB Machine nak cerita ada 1 produk yang kami jual sejak dahulu lagi iaitu  CDI MB PERFORMANCE 6th SE (SPECIAL EDITION) sangat baru di pasaran.

Sebelum ni CDI MB PERFORMANCE ni dah terjual hampir 150,000 di pasaran. Info kami dapat disebabkan teknologi berubah maka MB PERFORMANCE mengeluarkan CDI MB PERFORMANCE 6th SE dengan ciri-ciri keselamatan dan mempertingkatkan kuasa kuda (HP) motor anda.



CDI MB PERFORMANCE 6th SE kini berada di pasaran untuk mendapatkan produk ini sila ke MB PERFORMANCE 


Tersedia 8 Mapping 




Saturday, 8 December 2018

TAHUKAH ANDA 8 DESTINASI RIDE KONVOI



       Musim Cuti dah tiba,lagi-lagi pulak sekarang ni hujung tahun.Banyak la cuti tahunan yang belum ambil tu.Memang berkesempatan la amek cuti panjang sikit selepas setahun melalui tahun 2018 .

Tahukah Anda 8 Destinasi Menarik Untuk Ride Konvoi.Ada masa kita kena chill-chill menikmati kehidupan lebih santai dan relaks .

Kini kolabrasi bersama MB Performance dan Malay Bengkel kami ingin berkongsi dengan anda semua 8 Destinasi Menarik Ride Konvoi.

Kehadiran motorsikal-motorsikal yang di Upgrade kuasa kudanya ke tahap maximum membuatkan ramai anak muda ingin menjelajah ke Seluruh Malaysia.Ini adalah minat anak muda .Kini kami kongsikan pada anda 8 Destinasi Menarik Ride Konvoi

             Kami rider kental .😈😈😈😈

 
 Lokasinya berada  sangat dekat dengan kuala lumpur menjadikan ia tempat tumpuan warga kota ..Awana Genting Higlands 

Terletak Di Negeri Sembilan dan tidak jauh dari Selangor dan Kuala Lumpur 

Kawasan peranginan yang sejuk terletak di Negeri Perak .Hanya menggunakan Highway Utara selatan untuk sampai ke sini.

Ramai yang ride ke sini .Betong Thailand melalui Jalan Grik Perak 

Pulau pinang negeri yang membangun dan maju .Merupakan negeri yang menjadi sejarah dan tempat pelancongan.Yang ke Pulau Pinang pasti akan bergambar disini .

Kedah Darul Aman .Menjadi tumpuan yang sukakan Ride konvoi pasti akan singgah di sini


Terletak di Thailand.Jika konvoi boleh melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam,Changloon,Wang Kelian.Memang best pada yang sukakan konvoi yang jauh .


1000 corner terletak di Thailand.Jika konvoi boleh melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam,Changloon,Wang Kelian.Memang best pada yang sukakan konvoi yang jauh .




PAKEJ UPGRADE Y15 DI MALAY BENGKEL





Assalamulaikum semua supporter Malay Bengkel,hari ni saya nak cerita sikit pakej yang terbaru dari Malay bengkel
Perhatian pada jiwa-jiwa kelajuan pakej Upgrade Y15 kini sudah ada di Bengkel kami.
Nak tahu tentang pakej boleh je ke Malay bengkel.Sekarang ni musim Y15 makin meningkat naik.Mungkin ada yang tengah cari Pakej Upgrade Y15 tu boleh la tengok sini Malay bengkel
Kami di Malay Bengkel mempunyai kepakaran dalam modifikasi enjin/upgrade kuasa kuda jentera y15 mengikut pakej yang telah kami sediakan .
Untuk yang lebih berkuasa kuda,kami juga menawarkan 34hp, 38hp ..tapi anda harus datang ke kedai kami untuk mengetahui lebih lanjut dan berjumpa dengan chief formen kami.
.
| Ye la tue 27hp ???? |
( Ya tuan,memang kami upgrade ikut pakej sebabnya,kami akan bagi result setelah di dyno di Dyno X. So,kami ada bukti menunjukkan tahap kuasa kuda jentera tuan.
.
So,apa lagi..cepat whatsapp kami untuk booking www.wasap.my/+60176809587.



Wednesday, 10 October 2018

Kenapa CLUTCH PLATE Y15ZR overheat ?




Assalamualaikum semua.. Okey kali ni Malay Bengkel, nak share pasal Video Tutorial" Kenapa Clutch plate Y15ZR ini overheat " apabila menggunakan 6 spring housing clutch plate yang racing ni. Ok, daripada apa yang kita perasan punca dia overheat ataupun clutch plate. Kenapa Clutch Plate Y15zr Overheat jadi jammed kerana housing tersebut tiada lubang untuk pengaliran minyak enjin daripada situ menyebabkan clutch plate tidak menerima minyak enjin dan menyebabkan dia panas dan terbakar, so dah tahukan Clutch Plate Y15zr Overheat untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu memastikan bila membeli satu barang tu pastikan melihat housing clutch & compare kan dengan original dan kalau dah terbeli, tembuk jelah lubang tu ikut macam original sahaja .




Terima kasih semua sebab watching video kali ini Kenapa Clutch Plate Y15zr ini overheat So jangan lupa subscribe YOUTUBE MALAY BENGKEL ya..


MASALAH YANG SERING DIHADAPI MOTOR Y15


Assalamualaikum dan Selamat petang

Masalah untuk Y15 kerap kali dikaitkan dengan needle bearing untuk first model yang dahulu tahun 2016.Kini model terbaru 2017 dan 2018 juga terdapat masalah pada Gigi Gear stater atau nama dalam part catalogue T150 Gear 2




No 2 Gear 2





                                                               Original Part Catalogue No




Masalah ni sering berlaku.Nak kesan masalah bunyi dia

1.bunyi dengung halus atau kasar
-cuba detect kat belah kulit enjin
-jika bunyi seperti diatas sila periksa motor anda

2.bunyi kasar
-cuba cek minyak hitam
-ada habuk besi halus tak?kalau ada kena hati-hati dan pergi ke kedai untuk check

3.Aware ye bila ada bunyi-bunyi bolehla cek terus atau ke kedai yang Pakar tentang motor Y15.

Lebih baik berwaspada.

Moto Y15ZR anda ada masalah dengan Starter Gear? Kami ada barang yg akan selesaikan masalah anda. Sila tekan link ni utk order barang sparepart original




Wednesday, 26 September 2018

CARA NAK UPGRADE MOTORSIKAL Y15ZR & LC135




Assalamualaikum semua supporter Malay Bengkel,hai hari ni nak share macam mana proses kami buat motor di Malay Bengkel.

Ada yang tertanya tentang Malay bengkel ni sebenarnya buat apa.HAA nak cerita kat korang semua "MALAY BENGKEL'' ni sebuah pusat membaiki ,modifikasi dan servis motorsikal Y15ZR,LC135 dan Fz150 i sahaja .

Kami wujud sejak tahun 2006.Bermula dengan motor 2 stroke beralih ke 4 stroke tahun 2008 sehingga kini 2018.

Ada pulak yang tanya kenapa la MALAY BENGKEL ni tak buat motor lain?Sebab dia kami hanya focus pada motor di atas sahaja.Dah tak terkejar bang kalau nak buat semua ,kerja pun jadi tak berkualiti sebab tu wujudnya pusat servis center yang ikut jenama .

So harap semua supporter MALAY BENGKEL clearla cite ni.Tujuan kami untuk menyelesaikan masalah motor-motor lc135,y15zr dan fz150 i supaya perform.


Saksikan video ini nanti FH cerita lagi ye..bye semua 
Jika ada info menarik FH kongsi lagi 

FH ni apa  ye..haaa fh ni merangkap tukang tulis kat malay bengkel,,hihihi 

Monday, 24 September 2018

TUNING DYNO KINI BERADA DI SERI KEMBANGAN





                 Assalamualikum semua supporter Malay Bengkel,Kini kami kembali dengan cerita baru tentang dunia modifikasi injection.

             Mana nak cari dyno yang siap pakej upgrade kalau tak bukan Malay bengkel.Sekarang musim Injection.Hari-hari mesti ada je geng Y15,RS150,FZ150,R25 dan geng lain nak naik dyno.Disebabkan permintaan yang tinggi kami ingin memperkenalkan DYNO X di Seri kembangan . Ini adalah  LOKASI DYNO X .

                     

            Malay bengkel dah ada DYNO ke?Ramai yang bertanya di messenger fb,whatsapp,pm kami .
Jawapannya ye kami dah berkerjasama dengan Tuner Dyno X.Tak perlu risau dah kalau korang nak upgrade motor y15atau nama lain ysuku,fz150i  boleh je datang Malay bengkel,pakej kami siap dyno + tuning taw.Tak perlu risau dah nak cari tuner kat luar kami dah ada Tuner Dyno X.


Di Dyno X kami menyediakan khidmat mapping,tuning dyno,tuned air fuel ratio (afr) dan baca data hp.

Harga di Dyno X

DYNO + TUNING  RM180 

Ada yang tanya kami di dyno x ni fine tuning ke?Haa nak cerita ni anda tahu tak fine tuned tu apa?
Kalau nak tahu boleh jumpa Tuner kami Encik Faizal 


   RUN DATA  RM50  CEK hp dan compare horsepower 


Run dyno +tuning minggu lepas MOTOR RS150 

Untuk info korang DYNO X boleh mapping untuk apitech dan tune boss sahaja.Yang lain coming soon kami update.


Terima kasih semua sudi membaca kita jumpa next entry.

Hidup Sukan Permotoran Malaysia 
Bak kata orang kelajuan ni sentiasa ada perubahan .




CDI MB PERFORMANCE 6 SE

Hello Guys. We're back! Selepas berkurun lama tak update Blog, kini kami tampil dengan nama baru iaitu MB Machine. MB adalah singkatan...